Khasiat Pearl White Putih Mulus
- Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kulit
- Mencerahkan kulit wajah
- Menggebu dan menganjalkan kulit wajah
- Menyihatkan lagi kulit wajah
- Menghaluskan kulit wajah
- Menyegarkan kulit
- Melindungi kulit dari sinaran ultraungu
Kandungan
- Hydrolyzed Collagen: Kolagen larut air yang juga dikenali dengan nama gelatin ini mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit.
- Glutawhite: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit kemerah-merahan, bersisik, kering, dan menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia mampu meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.
- Vitamin C: Vitamin C merupakan sebatian yang penting untuk menyeri dan menyihatkan lagi kulit. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya.
- Multivitamin: Gabungan mineral ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Mengikut pendapat pakar kesihatan, pengambilan multivitamin dengan dos yang dibenarkan boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh.
- 3X Stem-Cell: Stem Cell adalah sel induk yang berfungsi untuk membentuk sel baru secara berterusan dan menggantikan fungsi dari sel-sel organ tubuh yang telah rosak.
- Acerola Cherry: Juga dipanggil dengan nama saintifiknya, Malpighia emarginata, ia sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid. Ramuan-ramuan tersebut mengandungi khasiat yang efektif untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas dari bakteria dan penyakit yang akan merosakkan kulit.
- Pinebark: Mengikut kajian, kulit kayu dari pokok Pine ini sememangnya berkesan untuk mendapatkan kulit yang sihat di samping melembap dan meremajakan kulit wajah.
- Tomato: Tumbuhan yang sering menjadi ramuan dalam produk kecantikan ini tidak dinafikan mampu menyihat dan mencantikkan lagi kulit. Ia terbukti dapat mengecilkan liang pori-pori kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada wajah, mengekang pertumbuhan jerawat di samping melindungi kulit daripada sinaran ultraungu dan mencerahkan kulit yang kusam.
- Astaxanthin: Bahan ini berperanan untuk merawat kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu, di samping menjadi agen anti-oksida yang mampu mencegah daripada terkena penyakit.
- Argan: Ramuan anti-oksida yang berasal dari pokok Argan dan sering didapati di Maghribi ini kaya dengan vitamin dan berfungsi sebagai pelembap dan penawar untuk masalah kulit.
- Pearl: Mutiara merupakan ramuan penting dalam sesebuah produk kosmetik dan kecantikan dan berperanan untuk mencerah, melembap dan melembutkan kulit wajah. Di samping itu, ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu, mengatasi kegatalan pada kulit, melambatkan proses penuaan, serta mengurangkan kedut.
- Rose Alps: Ekstrak bunga mawar sememangnya berkesan untuk merawat kulit. Ia berupaya mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak. Hasilnya, kulit tampak lebih berseri, halus dan segar.
Cara Penggunaan
- Masukkan satu sudu Pearl White Putih Mulus Jamu Jelita ke dalam shaker yang mengandungi 120 ml air.
- Goncang shaker atau kacau di dalam gelas sehingga larut.
- Untuk kesan nutrisi yang lebih optima, anda disarankan mengambil Pearl White Putih Mulus 15 minit sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.
- Simpan di tempat yang kering.
NORMAL RM27.00
NOW RM23.00
PEARL WHITE COFFEE JAMU JELITA
Pearl White Coffee yang mempunyai aroma dan rasa yang enak ini dirumus menggunakan biji kopi Arabica yang bermutu tinggi bersama guarana, glutawhite dan kolagen yang bukan sahaja mampu menyegarkan serta menyihatkan tubuh badan, malah mampu memelihara kecantikan dan keremajaan kulit.
- Kandungan : 10 uncang
KHASIAT PEARL WHITE COFFEE JAMU JELITA
- Menganjal dan menggebukan kulit
- Memelihara kelembapan kulit seterusnya mengatasi masalah kulit kering
- Mencerahkan kulit secara menyeluruh
- Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, parut, jeragat dan kedutan
- Memelihara keremajaan kulit
- Mengurangkan tahap kolestrol dan gula dalam darah
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Meningkatkan tahap metabolisme
- Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan
- Mencegah penyakit kardiovaskular yang melibatkan jantung, darah, paru-paru dan saluran darah
- Menyegar dan mencergaskan tubuh badan
- Memelihara kesihatan tubuh secara menyeluruh
KANDUNGAN PEARL WHITE COFFEE JAMU JELITA
- Kopi Arabica: Kopi tinggi kandungan antioksidan serta mengandungi khasiat dari sumber vitamin B-kompleks, potassium, mangan, magnesium dan niacin yang berupaya menyingkir toksin dari tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh serta menggalakkan fungsi otak seterusnya meningkatkan daya tumpuan dan memori. Kopi juga mampu meredakan tekanan, meningkatkan tahap metabolisme di samping membantu mengurangkan risiko serangan diabetes, strok dan kanser.
- Krimer: Ia mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada minuman di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
- Guarana: Berasal dari Amazon di Brazil, Guarana kaya dengan kandungan kafein bagi membantu menyegarkan tubuh badan. Guarana mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat mineral dan vitamin B kompleks yang mampu memulihkan struktur sel dalam tubuh, memelihara kesihatan organ dalaman dan menentang proses penuaan. Selain itu, ia juga berupaya melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan, meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu mencegah penyakit serta meningkatkan sistem metabolisme seterusnya menjana pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
- Vitamin C: Vitamin C yang turut dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyahtoksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, vitamin C juga mampu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
- Glutawhite: Glutawhite atau Glutathione terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, glycerin dan glutamic yang berfungsi menyingkir toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping beruupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga adalah agen antioksida yang berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
- Multivitamin: Gabungan mineral ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Menurut pakar kesihatan, pengambilan multivitamin dengan dos yang dibenarkan boleh mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk membekalkan nutrisi penting dalam tubuh.
- Tomato: Tomato terbukti mampu mengecilkan liang pori, menghapuskan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada permukaan kulit seterusnya membantu mengekang pertumbuhan jerawat di samping mengatasi masalah kulit kusam dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).
- Astaxanthin: Astaxanthin merupakan agen antioksida yang sering terkandung di dalam ramuan semulajadi seperti ikan salmon, yis, ketam dan udang. Selain meneutralkan kesan radikal bebas bagi mencegah kerosakan sel, astaxanthin turut berupaya melambatkan proses penuaan kulit serta mencegah serangan penyakit seperti radang, kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia turut mampu meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tahap kolestrol, mengurangkan tahap gula dalam darah serta melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraviolet (UV).
- Ceri Acerola: Ceri Acerola sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid yang mengandungi khasiat yang berkesan untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas daripada serangan bakteria yang merosakkan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang kerosakan sel dan proses penuaan kulit.
- Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya meningkatkan keanjalan kulit dan memelihara keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka. Selain itu, kolagen juga mampu menggalakkan pembakaran lemak, memelihara sel-sel tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
- Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat dari sumber protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang membantu menyembuhkan luka, mengukuhkan tulang dan otot, dan menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam tubuh serta memelihara sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain menyingkirkan toksin dalam tubuh serta melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan, susu kambing juga berupaya membantu proses tumbesaran dan perkembangan mental di samping mengukuhkan tulang dan otot, menstabilkan tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.
- Garam: Garam merupakan bahan mineral yang komponen utamanya ialah sodium klorida. Garam yang bersifat antibakteria dan antikulat membantu menghapuskan bakteria dan kulat di samping mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jerawat pada tubuh badan. Selain itu juga, garam mampu mengatasi masalah kegatalan dan radang kulit, serta berupaya mengawal kulit berminyak.
- Gula: Selain menambahkan lagi rasa manis dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Asid Glycolic yang terkandung dalam gula pula membantu mengekalkan kesihatan dan kulit wajah.
CARA PENGAMBILAN PEARL WHITE COFFEE JAMU JELITA
- Campurkan kandungan 1 uncang Pearl White Coffee ke dalam secawan air panas atau suam.
- Kacau hingga larut.
- Sedia untuk diminum
NORMAL RM36.90
NOW RM30.00
Jamu Ramping Jamu Jelita
Jamu Ramping Jamu Jelita Digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit, panas dan mengurangkan berat badan.
Kandungan Jamu Ramping Jamu Jelita
- Radix Rheum Palmatun
- Folium Aloe Vera L.chinensis
- Folium Cassia Angustifolia
- Pericarpium Citrus Reticulata
Cara Guna Jamu Ramping Jamu Jelita
- 2 kapsul 2 kali sehari
Amaran
- Sila merujuk kepada ahli farmasi/doktor jika simpton berlarutan atau bertambah teruk
NORMAL RM27,90
NOW RM23.00
3ple Miracle Diet Jamu Jelita
3ple Miracle Diet keluaran Jamu Jelita diperbuat diperbuat daripada ramuan buah-buahan Strawberry, Barli, Roselle, Acai Berry, Rasberi, Asam Jawa, Delima dan Aloe Vera. 3ple Miracle Diet Jamu Jelita dapat melangsing, mengenyang serta merampingkan badan.
Cara Pengambilan 3ple Miracle Diet Jamu Jelita
- Campurkan kandungan ke dalam secawan air biasa atau suam,kacau hingga larut dan sedia untuk diminum
- Ambil 1 sachet setiap hari 10-15 minit selepas makan.
- Bagi berat yang melebihi 80kg digalakkan mengambil 2 kali sehari selepas makan tengah hari dan malam
- Lebihkan pengambilan air kosong dan buahan
Perhatian
- Simpan di tempat yang kering.
- Sesuai untuk lelaki dan wanita
- Kurangkan makanan manis, minyak & berlemak
- Bagi ibu menyusu,ambil separuh sachet pada peringkat awal.
Kandungan 3ple Miracle Diet Jamu Jelita
- Strawberry Powder
- Seena leaf powder
- Inulin
- Citric Acid
- Barley Powder
- Blackcurrant
- Vitamin C
- Ginger
Kandungan 3ple Miracle Diet Jamu Jelita:15gm x 7 sachet
NORMAL RM39.90
NOW RM32.00
HERBA RES2 JAMU JELITA
Herba Res2 Jamu Jelita dilengkapi dengan Sabun Res2, Bedak Sejuk Berherba + Tanaka serta Corong Herba Res2 yang sarat dengan khasiat dari sumber herba yang berupaya membantu anda merawat masalah resdung di samping menjadikan kulit anda bebas daripada cela yang mengganggu keselesaan.
Mengandungi:
- Sabun Res2
- Bedak Sejuk Berherba + Tanaka (60 ml)
- Corong Herba Res2 (2 batang)
Resdung merupakan sejenis radang yang boleh mengundang ketidakselesaan kepada penhidapnya. Antara simptom resdung adalah sakit kepala, kelemumur, hidung berair, hidung tersumbat, kerap bersin, nafas berbau serta kegatalan pada mata, hidung, wajah dan telinga.
Menggunakan herba-herba yang terpilih dan bermutu tinggi, set Herba Res2 yang mengandungi Sabun Res2, Bedak Sejuk Berherba + Tanaka serta Corong Herba Res2 bukan sahaja berupaya melegakan radang resdung yang anda alami, malah turut mampu membersihkan wajah dengan mendalam. Penggunaannya juga membantu mengeringkan jerawat, menyingkirkan lebihan minyak, meredakan kegatalan, menyegarkan wajah serta mengembalikan keremajaan kulit agar kekal halus, mulus, tegang, berseri dan awet muda.
KEBAIKAN HERBA RES2 JAMU JELITA
- Mengurangkan dan meredakan masalah resdung
- Menyingkirkan kotoran dan cela pada wajah
- Membantu mengatasi masalah jerawat, parut, dan bintik-bintik hitam
- Mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
- Mengawal kadar minyak yang terhasil pada lapisan kulit
- Membantu menegangkan kulit wajah
- Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
- Mengatasi masalah kulit berminyak
- Menyingkir sel kulit mati
- Menghasilkan tona kulit yang lebih sekata
- Meningkatkan kecerahan kulit
- Mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka
- Mengurangkan kegatalan dan kulit yang kemerahan
- Membantu menyerlahkan kesegaran dan keremajaan kulit wajah
KANDUNGAN HERBA RES2 JAMU JELITA
Sabun Res2
- Kunyit: Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga berupaya meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.
- Temulawak: Temulawak yang berasal daripada keluarga halia ini berperanan menyingkirkan toksin, mencegah serangan bakteria yang boleh merosakkan kulit serta merupakan ramuan yang baik bagi membantu mengatasi masalah kulit yang berjerawat.
- Kayu Manis: Juga dipanggil Cinnamon, kayu manis sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi mengawal kadar gula dalam darah, mengurangkan kadar kolestrol, mengurangkan pembiakan sel kanser, menyeimbangkan kandungan hormon serta membantu mengecutkan jerawat.
- Akar Wangi: Akar wangi merupakan antara ramuan semulajadi yang berkesan untuk merawat masalah jerawat pada kulit.
- Buah Pala: Nutmeg atau buah pala berupaya mengekalkan kehalusan kulit, menyingkir sel kulit mati serta mengatasi masalah kulit seperti jerawat, parut dan bintik-bintik hitam.
- Serai Wangi: Ekstrak serai wangi sering digunakan dalam aromaterapi yang membekalkan manfaat bagi kulit. Ia mampu menyahtoksin dan bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit selain mengawal minyak pada kulit dan mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.
- Kulit Limau: Bukan sahaja isi limau yang baik untuk kesihatan, malah kulitnya juga mengandungi khasiat dari sumber asid sitrik dan flavonoid yang bersifat antioksidan bagi mencegah kerosakan sel dan melambatkan penuaan kulit, manakala kandungan asid hidroksisinnamik dan phenol di dalam kulit limau membantu mengurangkan risiko serangan kanser kulit. Di samping itu, kulit limau turut berupaya mengatasi masalah jerawat, mengekalkan kehalusan kulit, meningkatkan kecerahan warna kulit, menyingkir sel kulit mati serta menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat agar kulit tampil lebih berseri.
- Tawas (Alum): Tawas telah digunakan sejak dahulu lagi bagi membantu membasmi bakteria di samping menegangkan kulit dan mengurangkan kesan kedutan seterusnya menyerlahkan lagi kesegaran dan keremajaan kulit anda.
- Akar Resdung: Akar resdung digunakan secara tradisional untuk merawat masalah resdung dengan mengurangkan lendir yang terhasil oleh tubuh dan masalah kegatalan pada muka sekaligus memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.
- Asam Keping: Turut dipanggil asam gelugur, ia kaya dengan khasiat, asid sitrik, serat, vitamin dan mineral serta bersifat antioksidan untuk meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Asid askorbik yang terkandung dalam asam keping ini pula berperanan untuk memelihara kulit daripada serangan bakteria.
Bedak Sejuk Berherba + Tanaka
- Air Suling: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
- Calamine: Sebatian ini berupaya mengatasi pelbagai jenis masalah kulit seperti jerawat, kegatalan dan kulit terbakar disamping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
- Alkohol Denat: Alkohol denat berfungsi sebagai agen pembuih di samping membantu membasmi kulat dan bakteria yang boleh membawa penyakit dan mencetuskan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim.
- Propylene Glycol: Propylene Glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyatukan semua ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan keberkesanan produk ini.
- Pegaga (Centella Asiatica): Pegaga kaya dengan vitamin A, vitamin C, protein, serat dan zat besi yang berupaya mempercepatkan penyembuhan luka, menghilangkan bintik-bintik hitam di samping menyerlahkan lagi seri wajah.
- Chamomilla Recutita (Matricaria): Lebih dikenali dengan nama Chamomile, bunga ini mengandungi Flavonoid yang amat berkesan untuk merawat penyakit kulit sensitif serta vitamin B yang terkandung di dalam ekstraknya pula berperanan melega, melembap dan menghalang pertumbuhan bakteria pada kawasan tubuh. Selain itu, bunga Camomile mampu mengurangkan kemerahan pada kulit, membersih kulit di samping membantu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti radang kulit, ekzema, ruam, jerawat, psoriasis dan bekas alahan kulit.
- Likuoris (Glycyrrhiza Glabra): Turut dikenali dengan nama Akar Manis, ia berupaya mengatasi masalah kulit seperti eczema dan kegatalan di samping membantu merawat dan mencegah kerosakan kulit akibat serangan jangkitan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria.
- Teh Hijau (Camellia Sinensis): Di samping baik untuk kesihatan dalam tubuh badan, teh hijau juga berkesan untuk rawatan kecantikan. Ia bukan sahaja mampu mencegah dan merawat radang, malah turut berupaya mengurangkan kemerah-merahan dan kegatalan pada kulit. Teh hijau turut kaya dengan kaya dengan antioksidan yang berupaya mencegah kerosakan sel di samping mencegah kedutan dan garis-garis halus bagi membantu menyerlahkan keremajaan kulit anda.
- Akar Polygonum Cuspidatum (Fallopia Japonica):Tumbuhan yang turut dikenali sebagai Knotweed Jepun ini mampu mempercepatkan pemulihan luka, meningkatkan kecerahan kulit, mengurangkan radang serta membantu merawat masalah jerawat.
- Rosemary (Rosemarinus Officinalis): Bunga rosemary tinggi kandungan phytonutrien serta bersifat astringen dan antioksidan yang berkesan bagi memperbaiki tisu kulit, mengatasi masalah jerawat di samping melambatkan proses penuaan kulit.
- Scutellaria Baicalensis: Bunga yang juga dipanggil Chinese Skullcap sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina bagi membantu mengatasi masalah kulit. Ia kaya dengan sumber flavonoid, wogonin dan baicalein yang tinggi kandungan antioksidan bagi membantu melambatkan proses penuaan kulit serta mencegah serangan penyakit atau kanser kulit.
- Butylene Glycol: Butylene Glycol berfungsi sebagai bahan pelarut di dalam produk ini bagi menyatukan ramuan di dalam sesuatu produk sekaligus menggalakkan fungsi setiap ramuan lain.
- Allantoin: Allantoin merupakan sebatian organik yang berperanan menggalakkan pemulihan sel tubuh dan mengekalkan kehalusan kulit di samping mengatasi masalah luka, kesan terbakar, dan parut.
- Menthol:Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya menyejuk dan menyegarkan kulit.
- Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren dan limau. Ia berupaya menyingkir sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat seterusnya mengurangkan kesan penuaan, parut jerawat serta membantu memperbaiki struktur kulit. Asid sitrik turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menyingkir kotoran dari liang pori, di samping menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.
- PEG-40 Hydrogenated Castor Oil (Minyak Buah Jarak): Minyak castor yang terhasil melalui proses hidrogenasi dengan minyak buah jarak ini berfungsi sebagai pengemulsi dan menggalakkan penghasilan buih serta mengurangkan risiko kulit kering dan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya.
- Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan lagi aroma yang menyegarkan anda.
- Kolagen Terhidrolisis: Gelatin atau kolagen larut air mengandungi asid amino yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan air) mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka.
- Glutathione: Glutathione atau Gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, glycerin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
- Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan kulit.
- Gam Xanthan: Gam Xanthan merupakan karbohidrat yang berasaskan gula serta berfungsi sebagai bahan penstabil dan pelikat produk penjagaan diri di samping menggalakkan fungsi semua bahan lain dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.
- Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang merupakan bahan pengawet bagi mencegah kerosakan pada sesebuah produk.
- Propanediol: Selain bertindak sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam produk ini, propanediol yang merupakan bahan organik ini turut berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan kulit.
- Methylisothiazolinone (MIT): MIT merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulit yang boleh merosakkan produk ini.
Corong Herba Res2
- Kain Kapas: Kain kapas bukan sahaja selesa dan lembut untuk kulit, malah tidak mengakibatkan alahan pada kulit.
- Lilin: Lilin terhasil daripada sumber semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ia mengandungi asid karboksilik terdiri daripada karbon bersama atom oksigen dan kumpulan hidroksil serta berperanan mencegah pembiakan bakteria dan kulat seterusnya membantu mengatasi masalah kulit.
- Akar Resdung: Akar resdung digunakan secara tradisional untuk merawat masalah resdung dengan mengurangkan lendir yang terhasil oleh tubuh dan masalah kegatalan pada muka sekaligus memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.
- Kulit Kayu Manis: Herba yang sering menjadi bahan masakan ini bukan saja berkhasiat untuk kesihatan organ dalaman, malah berkesan untuk membantu mengecutkan jerawat selain berperanan melembutkan kulit.
- Serai Wangi: Ekstrak serai wangi sering digunakan dalam aromaterapi yang membekalkan manfaat bagi kulit. Ia mampu menyingkirkan toksin dan bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme sepeti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit selain mengawal minyak pada kulit dan mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.
CARA PENGGUNAAN HERBA RES2 JAMU JELITA
Sabun Herba Res2
- Buihkan Sabun Herba Res2.
- Gosok perlahan-lahan dan ratakan pada wajah.
- Biarkan selama 1-2 minit dan bilas hingga bersih.
- Gunakan setiap pagi, tengahari dan malam.
Bedak Sejuk Berherba & Tanaka
- Cuci wajah dan keringkan.
- Sapukan Bedak Sejuk Berherba & Tanaka pada seluruh wajah.
- Gunakan setiap malam untuk hasil yang optima.
- Boleh digunakan sebagai masker.
- Goncang botol sebelum guna.
Corong Herba Res2
- Nyalakan api pada hujung corong yang besar dan tunggu sehingga asap keluar.
- Dekatkan corong yang berasap pada dahi, pipi, hidung, dagu dan telinga.
- Potong bara supaya tidak terjatuh pada muka.
- Gunakan 2 kali seminggu atau bila diperlukan
NORMAL RM18.00
NOW RM15,00
Harum Jamu Jelita
Harum Jamu Jelita menghimpunkan jamu tradisional yang mempunyai khasiat yang tinggi seperti Kacip Fatimah, Pegaga, Asam Gelugur, Akar Serapat, Manjakani, Sireh dan Aloe Vera. Harum Jamu Jelita diadun dalam bentuk cecair untuk memelihara bahagian intim kaum wanita agar ia menjadi lebih segar dan sihat.
- Kandungan Harum Jamu Jelita: 120 ml
Khasiat Harum Jamu Jelita
- Membersih dan melindung alat sulit wanita daripada sebarang jangkitan kuman
- Mengatasi masalah bau, keputihan dan kegatalan.
- Harum Jamu Jelita Memelihara kecantikan, menggebu, mencerah, melembap bahagian sekitarnya.
- Harum Jamu Jelita Menyegar dan menyihatkan bahagian intim wanita sepanjang hari.
Kandungan Harum Jamu Jelita
- Air suling: Air suling yang digunakan dalam Harum Jelita berperanan penting dalam membantu tubuh dalam proses pembaikpulihan kulit sekaligus melembut dan melembapkan kulit tubuh. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida yang berfungsi untuk mencegah daripada penyakit.
- Garam: Garam berperanan sebagai anti bakteria di mana ia mencegah pembiakan bakteria pada bahagian tubuh.
- Glycerin: Glycerine berupaya untuk mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, ia juga berperanan untuk mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki semula sel-sel kulit.
- Daun pudina: Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit. Ia juga berfungsi dalam penghapusan toksin dari tubuh badan.
- Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Lidah Buaya, ia mampu merawat masalah kulit dan memudarkan parut yang masih baru, di samping melembap dan menyegarkan kulit,. Ia juga mampu melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, mempercepatkan proses penyembuhan, serta merawat kulit yang kering dan rosak.
- Manjakani: Manjakani yang bersifat astringen, berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.
- Akar Serapat: Akar Serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghaluskan kulit.
- Kacip Fatimah: Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisa pumila terbukti dapat mengatasi masalah keputihan di samping melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga mampu menyegarkan bahagian intim wanita selain mencegah dari penyakit.
- Sireh: Sireh sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah keputihan di samping menghilangkan bau yang tidak enak pada bahagian intin wanita. Sireh yang juga dikenali dengan nama saintifiknya, Piper betle juga mampu mengatasi masalah kegatalan pada kulit.
- Pegaga: Daun yang berbentuk ginjal ini juga dikenali dengan nama saintifiknya, Centella asiatica berfungsi untuk merawat masalah keputihan yang dialami oleh kaum wanita, selain mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit.
- Asam Gelugur: Asid askorbik yang terkandung dalam asam gelugur ini berperanan untuk membasmi bakteria pada tubuh.
- Kolagen: Kolagen mempunyai pelbagai khasiat dan sering digunakan dalam produk kesihatan dan kecantikan. Ia berupaya melembutkan kulit, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka.
- Vitamin C: Vitamin C merupakan sebatian yang penting untuk menyeri dan menyihatkan kulit. Ia juga mampu merawat jangkitan kuman pada faraj yang boleh mengakibatkan keputihan dan menghasilkan bau yang tidak enak. Vitamin C juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya.
- Vitamin E: Bahan anti-oksida ini berperanan penting bagi kesihatan kulit, iaitu dengan menjaga, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan, melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran sinar ultraviolet, serta mempercepat proses penyembuhan luka.
- Licorice: Turut dikenali dengan nama Akar Manis, ia berupaya membasmi pelbagai jenis jangkitan virus pada tubuh. Rasa licorice yang manis amat berguna untuk menghilangkan bau-bau yang tidak sedap dalam ubat-ubatan.
- Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit kemerah-merahan, kulit bersisik (psoriasis), kulit kering (neurodermatitis), dan menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia mampu meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.
- Cocoamidopropylamine Oxide: Ramuan ini terhasil daripada minyak sayuran yang diekstrak daripada isirung kelapa yang membantu dua bahan yang biasanya tidak bercampur untuk menjadi dibubarkan atau tersebar dalam satu sama lain. Ia juga dikenali sebagai ejen permukaan aktif.
Cara Penggunaan Harum Jamu Jelita
- Goncang botol Harum Jamu Jelita sebelum menggunakannya.
- Buihkan dengan pekat lalu sapu dan ratakan pada bahagian faraj.
- Bilas sehingga bersih
NORMAL RM25.00
NOW RM20.00
BEDAK MAK ANDAM JAMU JELITA
Serlahkan seri wajah anda dengan Bedak Mak Andam yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran dan pancaran UV di samping mengawal kadar minyak pada permukaan kulit yang merupakan punca utama kepada jerawat.
Bedak Mak Andam hadir dengan 2 pilihan warna: Natural dan Sawo Matang.
KHASIAT BEDAK MAK ANDAM JAMU JELITA
- Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran dan pancaran UV
- Menyerlahkan keanggunan dan kesegaran wajah
- Mengawal kadar minyak pada permukaan kulit sekaligus membantu mengurangkan dan mencegah penghasilan jerawat
- Tahan lama serta tidak cair, berminyak dan menyumbat liang pori
- Wajah tampil lebih sempurna tanpa kesan bercapuk, bertepung dan lebam
- Sesuai untuk semua jenis kulit dan jantina
KANDUNGAN BEDAK MAK ANDAM JAMU JELITA
- Talc: Talc atau talkum merupakan bahan mineral metamorfik yang terdiri daripada magnesium silikat yang terhidrat serta sering digunakan dalam industri farmaseutikal dan kosmetik. Ia berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan.
- Mica: Mica merupakan sejenis mineral silikat yang sering digunakan dalam bidang kosmetik sebagai pigmen atau bahan pewarna seperti di dalam produk bedak asas dan pewarna kuku. Ia mampu menambah sinar dan kilauan pada permukaan kulit sekaligus membantu menghalus dan menyerlahkan seri kulit.
- Magnesium Stearate: Magnesium stearate atau garam magnesium merupakan antara bahan yang sering digunakan dalam produk kosmetik. Ia mampu menangkis air dan menyerap lebihan minyak seterusnya membantu produk yang digunakan kekal lebih lama pada kulit terumanya kulit berminyak. Selain itu, magnesium stearate turut berupaya menyerlahkan seri kulit wajah di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
- Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
- Serbuk Nylon: Serbuk Nylon bukan sahaja berupaya mengurangkan kesan cela dan kedutan, malah membantu menyerap minyak sekaligus mengurangkan lebihan minyak pada permukaan kulit agar kulit wajah anda tampil lebih segar dan berseri.
- Zink Oksida: Zink oksida merupakan sejenis sebatian bukan organik yang berupaya mengatasi masalah kulit seperti kegatalan dan luka di samping melindungi kulit daripada penuaan pramatang dan kerosakan akibat pancaran radiasi ulttraungu (UV) sekaligus membantu mengurangkan risiko serangan kanser kulit.
- Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksida yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas sekaligus membantu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
- Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai agen anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
- Methylparaben: Sebatian yang turut dipanggil methyl-4-hydroxybenzoate ini juga merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk membasmi mikrobiotik yang boleh merosakkan sesuatu produk.
CARA PENGGUNAAN BEDAK MAK ANDAM JAMU JELITA
- Cuci wajah dan sapukan penyegar dan pelembap pada kulit terlebih dahulu
- Sapu dan ratakan Bedak Mak Andam pada seluruh wajah
- Sesuai untuk semua jenis kuli
NORMAL RM19.00
NOW RM16.00
GLUTATHIONE TONER PENCERAH
Glutathione Toner Pencerah keluaran Jamu Jelita bertindak mengekalkan kesegaran kulit wajah di samping membantu mengecilkan liang pori, mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit serta mengawal penghasilan sebum atau minyak pada di bawah lapisan kulit seterusnya membantu mencegah pertumbuhan jerawat yang menjejaskan penampilan anda.
Kandungan: 60 ml
KEBAIKAN GLUTATHIONE TONER PENCERAH
- Memelihara kelembapan dan kelembutan kulit wajah
- Membantu meningkatkan ketegangan dan keremajaan kulit
- Membantu mencerahkan kulit wajah anda
- Mengatasi masalah kulit yang kering serta berjerawat
- Mengecilkan liang pori
- Memudarkan kesan parut,jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam
- Memulihkan kerosakan kulit akibat toksin dan pancaran radiasi UV
- Mencegah proses penuaan kulit
- Memperbaiki struktur kulit
- Menyegarkan lagi kulit anda
KEBAIKAN GLUTATHIONE TONER PENCERAH
- Cyclopentasiloxane/Dimethicone Crosspolymer:Sebatian yang terhasil daripada silikon ini berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyeimbangkan fungsi ramuan di dalam produk ini.
- Cyclomethicone: Cyclomethicone adalah sejenis cecair yang bebas dari alkohol yang berfungsi sebagai bahan pelarut yang lembut dan tidak mengganggu keselesaan kulit.
- Talc: Talc atau talkum merupakan bahan mineral yang berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan.
- Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
- Ethylhexyl Methoxycinnamate: Turut dipanggil Octyl Methoxycinnamate, sebatian ini berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV, selain mengurangkan kemunculan parut pada kulit.
- Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan lagi aroma yang menyegarkan kulit anda.
- Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan.
- Kolagen:Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
- CI 15985: Sebatian yang turut dipanggil Sunset Yellow FCF ini merupakan pewarna kuning azo sintetik dan sering digunakan di dalam produk penjagaan diri seperti sabun, losyen dan krim.
- CI 12700: Bahan yang turut dinamakan Sudan Yellow 3G ini berfungsi menambah warna kuning ke dalam produk ini.
CARA PENGGUNAAN GLUTATHIONE TONER PENCERAH
- Sapu dan ratakan Glutathione Toner Pencerah pada kulit wajah dengan kapas.
- Untuk kulit sensitif, letakkan kandungan produk ini pada kapas yang telah dilembapkan dengan Ratakan pada seluruh wajah
NORMAL RM28.00
NOW RM23.00
Putih Jelita BB Silky Cream Jamu Jelita
Merupakan krim pencerah lengkap untuk kulit putih, cerah, gebu dan halus sempurna. Ia dihasilkan dengan ramuan semulajadi ekstrak sutera, mutiara dan kolagen yang membantu menaikkan seri wajah. Sesuai untuk lelaki dan wanita.
Putih Jelita BB Silky Cream Jamu Jelita mempunyai 10 fungsi lengkap
- Mencerahkan kulit
- Melindungi kulit daripada sinar UV
- Menutup cela wajah
- Menghaluskan kulit
- Melembapkan kulit
- Berfungsi sebagai bedak asas
- Anti-penuaan dan menganjal
- Bertindak sebagai krim dasar solekan
- Mengawal minyak dan jerawat
- Meredakan kemerahan dan jeragat
Kandungan Putih Jelita BB Silky Cream Jamu Jelita
- Cyclopentasiloxane
- Talc
- Titanium dioxide
- Fragrance
- Pearl powder
- Collagen
Cara Guna Putih Jelita BB Silky Cream Jamu Jelita
- Untuk hasil terbaik,sapukan dan ratakan pada wajah dan leher yang telah dibersihkan 1 hingga 2 kali sehari.
NORMAL RM19.00
NOW RM16.00
Seri Wajah Cleanser Jamu Jelita
Seri Wajah Cleanser Jamu Jelita evolusi baru dengan adunan kolagen, air mineral semulajadi dari batu permata seperti emas, nilam, berlian, mutiara, baiduri dan firus yang membantu untuk menaikkan seri serta aura wajah secara semulajadi. Selain membersih, ia bertindak sebagai skrub dan masker.
Antara Kelebihan Seri Wajah Cleanser Jamu Jelita
- Melembutkan kulit
- Melembapkan kulit
- Menanjalkan kulit menghaluskan pori
- Menanggalkan solekan
- Mencerahkan kulit wajah
- Menggebukan tekstur kulit
- Memberi kesan awet muda
- Melindungi kulit dari sinar UV
- Menanggalkan lebihan minyak
Kandungan Seri Wajah Cleanser Jamu Jelita
- Aqua
- Glycerin
- Srearic
- Acid
- Myristic Acid
- Potassium Hydroxide
- Seed Oil
Cara Penggunaan Seri Wajah Cleanser Jamu Jelita
- Picit, buoh dan ratakan secara lembut dari paras leher ke bawah.
- Bilas sehingga bersih.
- Untuk kegunaan sebagai masker, biarkan selama 1-2 minit sebelum dibilas (1-2 kali seminggu)
NORMAL RM26.00
NOW RM22.00
PUTIH SALJU NIGHT CREAM JAMU JELITA
Putih Salju Night Cream merupakan rawatan kecantikan keluaran Jamu Jelita yang diadun menggunakan serbuk mutiara bersama kolagen yang bertindak mengekalkan keayuan dan keremajaan kulit wajah anda di samping turut berkesan untuk memulihkan masalah kulit seperti jerawat, jeragat, pigmentasi serta kulit yang kusam dan berminyak.
Dengan penggunaan yang berterusan, wajah anda akan tampil lebih cerah dan sempurna.
Kandungan: 6 gm
KEBAIKAN PUTIH SALJU NIGHT CREAM JAMU JELITA
- Membantu melembapkan dan menggebukan kulit wajah
- Mengecilkan liang pori
- Memelihara kelembapan kulit
- Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
- Membasmi sel kulit mati
- Membantu mengatasi masalah kulit kering dan kasar
- Mencegah serta merawat masalah jerawat, jeragat, parut dan pigmentasi
- Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
- Menjadikan tona kulit lebih sekata
- Membantu merawat masalah kulit yang bermasalah
- Membantu mencegah dan merawat kerosakan kulit akibat radiasi UV
KANDUNGAN PUTIH SALJU NIGHT CREAM JAMU JELITA
- Cyclopentasiloxane/Dimethicone Crosspolymer:Sebatian yang terhasil daripada silikon ini berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyeimbangkan fungsi ramuan di dalam produk ini.
- Cyclomethicone: Cyclomethicone adalah sejenis cecair yang bebas dari alkohol yang berfungsi sebagai bahan pelarut yang lembut dan tidak mengganggu keselesaan kulit.
- Talc: Talc atau talkum merupakan bahan mineral yang berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan.
- Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
- Ethylhexyl Methoxycinnamate: Turut dipanggil Octyl Methoxycinnamate, sebatian ini berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV, selain mengurangkan kemunculan parut pada kulit.
- Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan lagi aroma yang menyegarkan kulit anda.
- Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan.
- Kolagen:Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
- CI 15985: Sebatian yang turut dipanggil Sunset Yellow FCF ini merupakan pewarna kuning azo sintetik dan sering digunakan di dalam produk penjagaan diri seperti sabun, losyen dan krim.
- CI 12700: Bahan yang turut dinamakan Sudan Yellow 3G ini berfungsi menambah warna kuning ke dalam produk ini.
CARA PENGGUNAAN PUTIH SALJU NIGHT CREAM JAMU JELITA
- Sapukan Putih Salju Night Cream secara nipis selepas membersihkan wajah.
- Gunakan pada waktu malam sebelum tidur.
NORMAL RM29,00
NOW RM23.00
Serum Awet Muda + Kolagen Jamu Jelita
Serum Awet Muda + Kolagen keluaran Jamu Jelita dengan ekstrak semulajadi adalah serum ajaib yang mempunyai kesan sebaik ‘botox’. Kesan Serum Awet Muda + Kolagen Jamu Jelita dapat dirasai seawal 2 minit.
Penggunaan serum ini tidak mendatangkan kesan sampingan, tanpa berminyak dan melekit.
Penggunaan serum ini tidak mendatangkan kesan sampingan, tanpa berminyak dan melekit.
Khasiat Serum Awet Muda + Kolagen Jamu Jelita
- Menegangkan kulit wajah & leher.
- Mengurangkan garis kedutan.
- Merawat kesan lebam mata.
- meruncingkan wajah.
- Mencerahkan kulit wajah.
- Merawat jerawat & jeragat.
- Memulih kesan terbakar.
- Memudarkan parut.
- Melembapkan kulit wajah.
- Menghaluskan pori & kulit.
- Memberi kesan awet muda.
Kandungan Serum Awet Muda + Kolagen Jamu Jelita
- Deionzed water
- Aloh Vera extract
- Glutathione
- Collagen extract
- Apple extract
- Gentiana Lutea Root
- Rose extract
- Ascorbyl glucoside
Cara Guna Serum Awet Muda + Kolagen Jamu Jelita
- Sapu dan ratakan pada muka dan leher.
- Urutkan perlahan-lahan sehingga meresap.
NORMAL RM33.00
NOW RM27.00
Jus Tradisi Wanita Jamu Jelita
Jus Tradisi Wanita keluaran Jamu Jelita adalah produk berasaskan homeopati. Jus Tradisi Wanita Jamu Jelita dapat menaikkan seri wajah,memontok dan membentuk badan .
Keistimewaan Jus Tradisi Wanita Jamu Jelita
- Berkualiti Gold Dan Premium
- Harga Kompetitif
- Ekstrak Kolagen 5000mg
- Pelbagai Herba Wanita
- Berkesan Dan Efektif
- Sedap Dan Selamat
- Tanpa Pewarna Tiruan
- Kaya Vitamin Dan Mineral
- Baik Untuk Dalaman Dan Luaran
- Menaikkan Seri Wajah
- Mengembalikan Keperawanan
- Memontok dan Membentuk Badan
- Meramping Dan Awet Muda
- Meningkatkan Keyakinan Diri
- Baik Untuk Dara Dan Berkahwin
- Sesuai Untuk Ibu Menyusu
Kandungan Jus Tradisi Wanita Jamu Jelita
- Air R.o
- Pati Buah-buahan
- Kacip Fatimah
- Manjakani
- Kolagen
- Pueraria Mirifica
- Akar Serapat
- Habbatus Sauda
- Sarang burung
- Vitamin & Mineral
Cara Minum Jus Tradisi Wanita Jamu Jelita
- Amalkan 1 hingga 2 sudu sebelum sarapan dan minum segelas air kosong atau jus buah-buahan.
- Untuk kesan lebih baik, goncang dahulu sebelum minum dan gunakan sudu plastik.
- Boleh diambil 2 kali sehari waktu pagi dan petang
Perhatian
- Simpan di tempat yang kering
NORMAL RM25,00
NOW RM20.00
Superamping Balm Hangat Serbaguna Jamu Jelita
Superamping Balm Hangat Serbaguna keluaran Jamu Jelita dihasilkan daripada herba-herba terpilih dan akar kayu. Superamping Balm Hangat Serbaguna Jamu Jelita juga digunakan secara tradisi sebagai produk urutan serbaguna bagi melegakan sakit pinggang, belakang, sendi, kembung perut dan sengugut. Amat sesuai digunakan oleh ibu selepas bersalin bagi mendapat bentuk badan menarik dan sebagai aroma terapi.
Khasiat Superamping Balm Hangat Serbaguna Jamu Jelita
- Membantu melangsingkan badan.
- Membakar lemak.
- Mengurangkan selulit.
- Stretch marks.
- Membuang lebihan angin.
Kandungan Superamping Balm Hangat Serbaguna Jamu Jelita
- Petrolatum
- Cera Alba
- Gaultheria Procumbens leaf oil
- Natural mixed herbs
Cara Guna Superamping Balm Hangat Serbaguna Jamu Jelita
- Sapukan,rata dan urut secara perlahan atau membulat sehingga meresap.
- Pada peringkat awal penggunaan sapukan sedikir sahaja bagi menyesuaikan kesan hangat
- Boleh digunakan sekerap mungkin dengan kadar 1-3 kali sehari pada bahagian yang bermasalah setiap kali selepas mandi bagi kesan yang mujarab.
FIT TO S-M
FIT TO L-XL
NORMAL 36,00
NOW RM30.00
Korset Langsing Berherba Jamu Jelita
Korset Langsing Berherba membuatkan badan anda Sihat, Muda, Langsing dan Menawan.
Khasiat Korset Langsing Berherba Jamu Jelita
- Pemadat
- Penegang
- Penganjal
- Peramping
- Pembentuk
- Pelangsing
Cara Guna Korset Langsing Berherba Jamu Jelita
- Sarungkan korset langsing beherba dari kaki kanan dan tarik perlahan-lahan sehingga ke bahagian atas badan.
- Kemaskan korset pada bahagian peha, punggung, perut dan payudara.
Cara Penjagaan Korset Langsing Berherba Jamu Jelita
- Basuh menggunakan air suam.
- Hindarkan dari menggunakan pencuci berklorin tinggi untuk mengelakkan kerosakan pada fabrik.
No comments:
Post a Comment